Advertising
Shopee Cup: Senarai Perlawanan Minggu 1, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
Terengganu FC/KL City FC

Arena bola sepak Asia Tenggara bakal diwarnai dengan saingan Shopee Cup 2024/25 dengan minggu hari perlawanan 1 peringkat kumpulan membuka tirai.

Minggu hari perlawanan 1 menyaksikan 12 pasukan masing-masing beraksi dalam Kumpulan A dan B. Tumpuan peminat bola sepak Malaysia bakal tertumpu kepada dua wakil negara, KL City FC dan Terengganu FC.

Ad

KL City dan Terengganu masing-masing layak ke Shopee Cup dengan status selaku finalis Piala FA 2023 dan Piala Malaysia 2023.

Ad

The City Boys bakal diuji wakil Filipina, Kaya FC-Iloilo di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dalam aksi pertama Kumpulan B. Manakala Peteh yang diketuai pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid berdepan cabaran wakil Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC.

Selain dua aksi berkenaan, aksi membabitkan Buriram United, BG Pathum United, Borneo FC dan Lion City Sailors juga dijangka menjadi tumpuan.

Ad

Waktu, Lokasi & Siaran TV Shopee Cup

1-Thanh Hoa vs Shan United

Ad

Tarikh: 21 Ogos 2024 (Rabu)
Masa: 7.00 Malam
Venue: Stadium Wilayah Thanh Hoa, Thanh Hoa.

Ad

2- PSM Makassar vs BG Pathum United

Tarikh: 21 Ogos 2024 (Rabu)
Masa: 7.30 Malam
Venue: Stadium Batakan, Balikpapan

3- Terengganu vs Preah Khan Reach Svay Rieng

Tarikh: 21 Ogos 2024 (Rabu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

4- Cong An Ha Noi vs Buriram United

Tarikh: 22 Ogos 2024 (Khamis)
Masa: 8.30 Petang
Venue: Stadium Hang Day, Hanoi

5- Borneo vs Lion City Sailors

Tarikh: 22 Ogos 2024 (Khamis)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium Batakan, Balikpapan

6- KL City vs Kaya FC-Iloilo

Tarikh: 22 Ogos 2024 (Khamis)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur