Ads
Terengganu Lancar Jersi Unik Di Shopee Cup
Asia Tenggara
Terengganu FC

Menjelang sepak mula Shopee Cup beberapa hari lagi, Terengganu telah melancarkan jersi baharu untuk diguna pakai sepanjang kejohanan tersebut.

Advertisements

Menerusi hantaran di media sosial menyaksikan beberapa pemain utama Sang Penyu memperagakan jersi baharu keluaran ALX bagi kejohanan Shopee Cup 2024/2025.

Advertisements

Kapten pasukan, Safawi Rasid bersama Ubaidullah, Nurillo Tukhtasinov dan Shahrul Nizam dilihat menyarung jersi baharu tersebut yang mengekalkan warna putih sebagai warna utama.

Advertisements
Advertisements

Salah satu keunikan pada kit baharu ini adalah kedudukan penaja di bahagian hadapan digantikan dengan nombor jersi pemain, mirip seakan jersi untuk skuad kebangsaan.

Hasil tinjauan di ruangan komen menyaksikan rata-rata peminat Terengganu berpuas hati dan menyukai pemilihan corak yang lebih kemas serta ringkas.

Advertisements

”Ringkas dan klasik.”

”Macam baju Terengganu di Sukma (Sukan Malaysia) 2008.”

”Gaya macam jersi skud kebangsaan, nombor di dada.”

Terengganu bakal membuka kempen kumpulan A Shopee Cup dengan melayani kunjungan kelab Kemboja, Svey Rieng di Gong Badak pada 21 Ogos ini dengan sepak mula dijadualkan jam 9 malam.

Advertisements

Selain Terengganu, kumpulan A turut dihuni BG Pathum, PSM Makassar, Dong A Thanh Hoa, Svey Rieng dan juga pemenang aksi play-off dari Myanmar, Shan United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram