Asia Tenggara

Thailand Panggil 3 Bintang J-League Hadapi King’s Cup

Suphanat Changsuek 1 Thailand Panggil 3 Bintang J-League Hadapi King’s Cup
Changsuek
Advertisements

Tiga tonggak liga Jepun dipanggil pengendali Thailand, Anthony Hudson untuk aksi Piala Raja Thailand 2026 pada November ini.

Tiga tonggak tersebut ialah Suphanat Mueanta (RB Omiya), Supachok Sarachat (Consadole Sapporo) dan Teerapat Pruetong (Consadole Sapporo).

Selain mereka, Hudson turut memanggil bek kanan Bundesliga, SV Elversberg, Nicholas Mickelson bagi memperkuatkan barisan pertahanan.

Kehadiran beliau dijangka memberi tonik tambah buat pasukan julukan Gajah Perang itu bagi dua aksi Piala Raja Thailand 2026.

Setakat ini, beliau telah beraksi sebanyak 70 minit masa permainan bersama kelab tersebut dalam kancah Bundesliga musim ini secara 4 kali penggantian pemain.

Selain 4 pemain tersebut, Gajah Perang turut memanggil beberapa pemain berpengalaman seperti Sarach Yooyen dan Manuel Bihr bagi membantu pasukan tuan rumah menjulang piala berprestij itu.

Selepas itu, Hudson turut mengetengahkan pemain-pemain muda iaitu Seksan Ratree (23), Jude Soonsup-Bell (22) dan Yotsakorn Burapha (21) bagi kejohanan ini.

Thailand bakal menentang Brunei untuk aksi pembukaan pada 14 November. Ini disusuli aksi kedua, 17 November iaitu sama ada perlawanan akhir atau penentuan tempat ketiga dan dijadualkan bertemu Oman/Tajikistan bagi meraih kejuaraan ke-17 sepanjang sejarah kejohanan Piala Raja Thailand itu di Stadium Sisaket Provincial.