Shukor Adan Bimbang Keadaan Mental Pasukan Kelantan
Liga Super
Kelantan FC
Advertisements

Bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan mengakui bimbang dengan keadaan mental pemain-pemain muda Kelantan FC ketika ini.

Ini kerana pemain-pemain ini sudah mengharungi beberapa kekalahan besar dalam Liga Malaysia (Liga M). Ini termasuk kekalahan 10-0 di tangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi Piala Malaysia dan 11-2 di tangan Selangor FC dalam aksi Liga Super.

Shukor bimbang keadaan mental pemain-pemain muda ini tidak akan mampu bertahan sekiranya situasi ini berterusan. Malah, beliau juga percaya ini secara tidak langsung akan membunuh minat mereka terhadap sukan bola sepak.

Advertisements

“Saya ada terbaca beberapa mesej daripada fans (penyokong). Ada part (sebahagian) yang menyalahkan persatuan Kelantan menurunkan beberapa belas pemain bawah 23 (tahun). Benda macam itu bagi saya bukan satu masalah pun.

“Benda itu akan jadi bagus bila pemain dapat experience (pengalaman). Tapi tewas banyak-banyak, 29 gol dalam tiga game (perlawanan) apakah pemain-pemain ini akan boleh bertahan (dan sejauh mana) minat dia terhadap bola sepak itu macam mana.

“Apakah persatuan itu sendiri akan melihat pasukan itu kalah dengan jumlah jaringan yang banyak? Itu adalah satu question mark (tanda tanya) yang saya (nak tahu).

Advertisements

“Kita sebagai orang bola dan kita adalah bekas pemain bola. Jadi, macam mana player-player (pemain-pemain) ini menghadapi situasi (ini)? Pihak management (pengurusan) masih beri motivasi lagi ke atau ada masalah-masalah lagikah? Saya tak tahu,” katanya semasa menjadi panel Nindia di Astro Arena semalam.

Susulan kekalahan besar tersebut, Kelantan kini menduduki tangga ke-13 liga dengan lapan mata. Perlawanan mereka yang seterusnya ialah aksi Liga Super menentang Sabah di Kota Bharu pada 29 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram