Shukor Adan: Ini Hadiah Persaraan Terbaik Dalam Karier Saya
Dunia
Cakap Sukan
Advertisements

Sejarah terpahat di Stadium Hang Jebat semalam apabila Kuala Lumpur berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia.

Kali terakhir pasukan Kuala Lumpur ke final adalah pada tahun 1989. Perlawanan semalam merupakan drama yang penuh bermakna bagi penyokong warga kota setelah 32 tahun penantian melihat pasukan kesayangan mereka melayakkan diri ke pentas akhir kejohanan berprestij itu.

Selepas sepakan penalti terakhir yang mengesahkan kemenangan kepada pasukan KL City itu, para pemain, barisan kejurulatihan serta pegawai-pegawai KL City FC menyambut kemenangan di atas padang dengan penuh kemeriahan.

Advertisements

Tidak ketinggalan, mereka juga meraikan lagenda bola sepak tanah air, Shukor Adan yang bakal mengumumkan persaraan tidak lama lagi setelah melalui perjalanan karier yang penuh gemilang. Para pemain KL City berkerumun, menyambut baik Shukor Adan dan melaungkan kata-kata penghargaan buat pemain berusia 42 tahun itu.

“Final, final. This is for you bos, this is for you!”

Shukor terharu dan sebak dengan penghargaan yang diberikan rakan sepasukan. Malah, reaksi spontannya yang dilihat cukup sebak dengan perjuangan rakan sepasukan di atas padang yang berhempas pulas untuk membawa pasukan amat menyentuh hatinya.

Advertisements

“Thank you, thank you so much. Thank you,” ujar Shukor.

Pemain yang berusia 42 tahun ini turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakan sepasukan. Menurutnya, ini merupakan hadiah terbaik untuk persaraannya.

“Ah sedih. Thank you, this is the best retirement yang aku dapat.”

Advertisements

Pertembungan Kuala Lumpur yang dijadualkan bertemu Johor Darul Ta’zim pada 30 November 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil pastinya bakal mencatat sejarah baharu buat pasukan KL yang sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki sehingga peringkat ini namun bakal menjadi satu cabaran buat JDT yang dilihat menjadi pasukan pilihan untuk terus mendominasi pentas Piala Malaysia setelah menjadi juara pada edisi 2019.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram