Advertisement
Siaran Langsung ACL: JDT vs Kawasaki Frontale, Kesebelasan Utama & Info Siaran
Live
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi pembukaan Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale mencuri tumpuan.

Perlawanan Kumpulan l itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dengan kehadiran 35,000 penyokong dijangka bakal membanjiri aksi tersebut.

Skuad bimbingan Tano Solari kini dalam momentum terbaik selepas berjaya merekodkan 5 perlawanan tanpa kalah sementara anak buah Toru Oniki tidak mempamerkan aksi sebenar dalam liga.

Kawasaki Frontale hanya mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan dalam lima aksi terakhir saingan domestik.

Sungguhpun begitu,rekod tetap menjadi kelebihan lawan yang tidak tewas dalam dua pertemuan akhir menentang JDT.

Kesebelasan Utama JDT vs Kawasaki Frontale

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung JDT vs Kawasaki Frontale

Tarikh: 19 September 2023 (Selasa)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran Langsung: Sooka

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.