Aksi kelima saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan pertembungan antara pasukan Kawasaki Frontale dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Todoroki, Kawasaki itu menyaksikan pasukan kendalian Tano Solari turun dalam misi menebus kekecewaan setelah tewas tipis tempoh hari.
Anak buah Toru Oniki pula sedar cabaran hebat yang bakal ditempuhi menentang skuad Harimau Selatan namun mahu menggunakan peluang yang ada untuk memperoleh kelebihan beraksi di laman sendiri.
Kedua-dua pasukan memiliki momentum yang amat baik selepas tidak tewas dalam 5 aksi terakhir sekaligus merancakkan pertemuan petang ini.
Kesebelasan Utama Kawasaki Frontale vs JDT
Info Siaran Langsung Kawasaki Frontale vs JDT
Tarikh: 28 November 2023 (Selasa)
Masa: 6 Petang
Venue: Stadium Todoroki, Kawasaki Frontale, Jepun
Siaran Langsung: Sooka