AFC Asian Cup: Perlawanan antara Iraq dan Jepun mempertemukan dua pasukan ranking tertinggi dalam kumpulan D Piala Asia 2023.
Jepun yang berada di ranking ke-17 dunia pastinya mahu mengesahkan slot awal ke peringkat kalah mati setelah membenam Vietnam 4-2 manakala Iraq turut berada dalam momentum terbaik setelah menewaskan Indonesia.
Hajime Moriyasu selaku jurulatih Jepun tidak memandang rendah cabaran Iraq apabila mengakui Iraq memiliki kekuatan untuk bermain secara berpasukan.
Jurulatih Iraq, Jesus Casas pula mahu anak buahnya memberikan persembahan yang terbaik menentang Jepun setelah pasukan Samurai Biru itu berada dalam prestasi terbaik mereka sejak kebelakangan ini.
“Jepun antara pasukan terkuat dalam kejohanan ini dan mereka sudah lama bersama Hajime Moriyasu. Ramai pemain Jepun beraksi di liga utama Eropah malah Jepun turut melakukan kejutan di Piala Dunia 2022. Jika mahu menewaskan mereka, Iraq perlu berikan aksi yang sempurna.” ujar Jesus Casas.
Rekod Pertemuan Iraq vs Jepun
Dalam 5 pertemuan terakhir antara Iraq dan Jepun, Jepun berjaya meraih 4 kali kemenangan ke atas Iraq dan hanya 1 keputusan seri.

Kesebelasan Utama Iraq vs Jepun
Info Siaran Langsung Iraq vs Jepun
Tarikh: 19 Januari 2024 (Jumaat)
Masa: 7:30 Malan
Venue: Stadium Education City, Qatar.
Siaran Langsung: Youtube AFC Asian Cup & Astro Arena
Keputusan penuh perlawanan akan disiarkan di MakanBola.co