Live
FA Japan
Advertisements

AFC Asian Cup: Aksi pertama Kumpulan C bakal mempertemukan dua pasukan gergasi Asia dan Asia Tenggara iaitu Jepun dan Vietnam dalam misi merebut 3 mata pertama di Qatar.

Ketua jurulatih Vietnam, Philippe Troussier mahu mengambil inspirasi daripada kejayaan Jepun di Piala Dunia FIFA Qatar 2022 apabila dia mengetuai Vietnam menentang bekas pasukan bimbingannya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D yang menarik bagi Piala Asia AFC Qatar 2023.

Aksi yang bakal berlangsung pada Ahad di Stadium Al Thumama menjadi medan buat jurulatih berpengalaman itu untuk melakukan perkara yang sama oleh pasukan Hajime Moriyasu menentang Jerman dan Sepanyol tahun lalu.

Advertisements

Jepun juga menerima tamparan hebat apabila tiada kelibat Kaoru Mitoma menentang Vietnam kerana beliau masih belum pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan lepas dan pemain sayap Brighton & Hove Albion itu akan dinilai menjelang perlawanan kumpulan kedua menentang Iraq.

Jurulatih Jepun itu membawa negaranya ke final 2019 dan dia akan berusaha untuk menguruskan skuadnya sebaik mungkin ketika dia cuba melangkah lebih jauh pada 2023.

Rekod Pertemuan Jepun vs Vietnam

Advertisements

Jepun hanya tewas sekali daripada 18 perlawanan terakhir mereka (W13 D4) dalam Piala Asia AFC, kalah 3-1 kepada Qatar pada final 2019 dan menjadi satu-satunya detik mereka muncul naib juara.

Jepun Vietnam H2H 1 Siaran Langsung AFC Asian Cup: Jepun vs Vietnam (Live Streaming)

Kesebelasan Utama Jepun vs Vietnam

Info Siaran Langsung Jepun vs Vietnam

Advertisements

Tarikh: 14 Januari 2024 (Ahad)
Masa: 7:30 Malam
Venue: Stadium Al-Thumama, Qatar.
Siaran Langsung: Youtube AFC Asian Cup & Astro Arena

Keputusan penuh perlawanan akan disiarkan di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram