Live
Edited BY FZ
Advertisements

Aksi final AFC Asian Cup antara pasukan Jordan dan Qatar bakal menentukan pasukan yang memegang takhta jaguh Asia yang baru.

Jordan meletakkan sasaran untuk menjadi juara Piala Asia AFC buat kali pertama, manakala Qatar sedang berusaha untuk menjadi negara kelima untuk memenangi kejuaraan berturut-turut.

Menurut ketua jurlatih Jordan, Husein Ammouta, Jordan kini fokus untuk memberikan yang terbaik bagi aksi final kali ini.

Advertisements

“Kami tidak perlu menjelaskan betapa pentingnya perlawanan akhir, kerana kedua-dua pasukan mahu memenangi gelaran bersejarah. Kami bersedia untuk perlawanan akhir seperti biasa, tanpa menambah tekanan kepada pemain, dan kami berharap dapat menghasilkan prestasi yang mencerminkan tahap pasukan kami, dan apa yang kami hasilkan untuk ke final.”

“Perlawanan ini sangat penting, dan mungkin menyaksikan gelaran utama pertama untuk bola sepak Jordan.”

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian kami. Ia adalah cabaran peribadi bagi saya untuk membawa Jordan ke final dan saya telah mencapai apa yang saya sasarkan. Kami akan mempunyai skuad penuh walaupun mengalami kecederaan ringan tetapi pemain akan bersedia.”

Advertisements

Rekod Pertemuan Jordan vs Qatar

Kedua-dua pasukan memiliki rekod yang hampir seimbang dalam 6 pertemuan terakhir.

Qatar merekodkan tiga kemenangan sementara Jordan dua dan seri satu.

Advertisements

Aksi terakhir menyaksikan Jordan berjaya mengalahkan jaguh Asia itu dengan keputusan 2-1 dalam aksi persahabatan.

Copy of Untitled Design 16 Siaran Langsung AFC Asian Cup: Jordan vs Qatar (Live Streaming)

Kesebelasan Utama Jordan vs Qatar

Info Siaran Langsung Jordan vs Qatar

Advertisements

Tarikh: 10 Februari 2024 (Sabtu)
Masa: 11:00 Malam
Venue: Stadium Lousail, Qatar.
Siaran Langsung: Sukan RTM (Free)Youtube AFC Asian CupAstro Arena

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram