Siaran Langsung AFC Asian Cup: Korea Selatan vs Malaysia (Live Streaming)
Live
Edited By FZ
Advertisements

AFC Asian Cup: Malaysia bakal mengharungi aksi terkahir Kumpulan E di pentas Asia berdepan jaguh ke-22 dunia, Korea Selatan malam ini.

Aksi yang berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar itu bakal menjadi medan penting buat anak didik Kim Pan-gon yang tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

Perjuangan Malaysia sudah pun terhenti selepas tewas dua aksi awal menentang Jordan dan Bahrain sambil Harimau Malaya mahu merebut tambahan mata FIFA penting sebesar +29.79 mata sekiranya menewaskan Taeguk Warriors.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu optimis bahawa anak buahnya bakal memberikan yang terbaik menentang negara kelahirannya sambil ketua jurulatih Korea, Jurgen Klinsmann tidak mahu memandang rendah keupayaan sebenar skuad negara.

Rekod Pertemuan Korea Selatan vs Malaysia

Berdasarkan rekod pertemuan (H2H) antara Korea Selatan dan Malaysia, lawan telah merekodkan 29 kemenangan sementara Malaysia hanya 10 kali mengatasi Korea dan 9 aksi berakhir dengan keputusan seri.

Advertisements

Kali terakhir Harimau Malaya menewaskan Korea Sekatan adalah pada Kelayakan Piala Dunia 1985 di Kuala Lumpur dengan kemenangan tipis 1-0.

Kesebelasan Utama Korea Selatan vs Malaysia

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Advertisements

Info Siaran Langsung Korea Selatan vs Malaysia

Tarikh: 25 Januari 2024 (Khamis)
Masa: 7:30 Malam
Venue: Stadium Al-Janoub, Qatar.
Siaran Langsung: Sukan RTM (Free)Youtube AFC Asian CupAstro Arena

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram