Live
FA Qatar
Advertisements

Aksi pertama Piala Asia 2023 antara pasukan Qatar dan Lubnan mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk merasai detik bersejarah ini.

Pasukan kendalian Marquez Lopez menumpukan perhatian mereka untuk mempertahankan kejuaraan Piala Asia AFC mereka menjelang aksi pembukaan Kumpulan A menentang Lubnan di Stadium Lusail pada hari Jumaat.

Setelah merangkul kejuaraan sulung Piala Asia AFC pada 2019 dengan kemenangan 3-1 ke atas pemenang empat kali, Jepun 3-1 pada perlawanan akhir, pengendali berusia 62 tahun itu berkata pasukannya sudah bersedia untuk bertemu dengan Lubnan.

Advertisements

“Kami telah melalui persiapan yang menyeluruh dan pastinya, ia bukan satu tugas yang mudah terutamanya dengan masa yang terhad,” ujar Lopez yang mengambil alih tugas daripada Carlos Queiroz pada Disember.

“Saya memulakan latihan pada minggu terakhir Disember tetapi walaupun dalam tempoh yang singkat, saya sudah biasa dengan pemain. Bekerja di bawah tekanan adalah sesuatu yang sudah biasa bagi saya selama bertahun-tahun.”

Advertisements

Lubnan berdepan tugas berat menentang pasukan Qatar yang tidak pernah mereka tewaskan dalam tujuh pertemuan sebelum ini (W6 D1) tetapi ketua jurulatih, Miodrag Radulovic optimis bahawa pasukannya sudah bersedia.

“Dalam bola sepak, kemajuan memerlukan masa, ia bukan pencapaian satu hari. Saya mengenali ramai pemain dalam pasukan ini, gabungan pengalaman dan remaja. Keputusan perlawanan persahabatan baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kami berada di landasan yang betul. Kami menjangkakan perlawanan berkualiti tinggi menentang Qatar.”

Advertisements

“Matlamat kami adalah untuk berjuang bagi setiap mata untuk mara ke pusingan seterusnya. Kami mempunyai potensi, dan saya optimis tentang peluang kami. Esok, kita perlu bersedia secara psikologi dari awal. Mesej saya kepada pemain ialah kami bermain untuk tiga mata.”

Rekod Pertemuan Qatar vs Lubnan

Advertisements

Qatar menewaskan Lubnan 2-0 pada peringkat yang sama di UAE 2019 dan pengendali Qatar mahu mengarahkan pemainnya untuk menggunakan pendekatan agresif menentang Lubnan.

34330623 606A 4380 865B 35CCFBD8EBFE Siaran Langsung AFC Asian Cup: Qatar vs Lubnan (Live Streaming)

Kesebelasan Utama Qatar vs Lubnan

Info Siaran Langsung Qatar vs Lubnan

Tarikh: 13 Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 12 Pagi
Venue: Stadium Lusail, Qatar
Siaran Langsung: Youtube AFC Asian Cup & Astro Arena

Keputusan penuh perlawanan akan disiarkan di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram