Siaran Langsung AFC Asian Cup: Uzbekistan vs Syria (Live Streaming)
Live
FA Uzbekistan
Advertisements

Saingan Kumpulan B Piala Asia 2023 diteruskan dengan pertembungan Uzbekistan dan Syria yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari 2024 jam 1.30 pagi.

Di atas kertas, Uzbekistan sudah pasti mempunyai kelebihan berdasarkan kedudukan ranking mereka yang berada di ranking ke-68 dunia berbanding Syria yang berada di ranking ke-91 dunia.

Di bawah kendalian Srecko Katanec, Uzbekistan melalui persiapan yang sempurna dengan beberapa kemenangan berjaya dicatatkan seperti menewaskan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-1 selain menang tipis 1-0 ke atas Palestin.

Advertisements

Berbeza dengan Syria yang kini dilatih jurulatih berpengalaman, Hector Cuper. Syria gagal meraih sebarang kemenangan dalam dua aksi persahabatan mereka yang terkini termasuk seri 2-2 dengan Malaysia.

Rekod Pertemuan Uzbekistan vs Syria

Biarpun mempunyai perbezaan ketara dari sudut ranking, namun rekod pertemuan kedua-dua pasukan masih dipegang oleh Syria.

Advertisements

Daripada 6 pertemuan, tiga perlawanan telah dimenangi oleh Syria, dua perlawanan dimenangi Uzbekistan manakala satu lagi aksi berkahir dengan kedudukan seri.

Kesebelasan Utama Uzbekistan vs Syria

Info Siaran Langsung Uzbekistan vs Syria

Advertisements

Tarikh: 14 Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 1.30 pagi
Venue: Stadium Jassim bin Hamad
Siaran Langsung: Youtube AFC Asian Cup & Astro Arena

Keputusan akhir perlawanan akan disiarkan di Makanbola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram