Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Uzbekistan vs Malaysia (Live Streaming)
Live
MakanBola
Advertisements

Aksi AFC U-23 Asian Cup antara Uzbekistan dan Malaysia bakal menjadi salah satu aksi tumpuan malam ini.

Skuad muda negara turun dalam misi besar untuk berdepan lawan yang bukan calang-calang di pentas bola sepak Asia.

Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih b-23 Malaysia, Juan Torres, beliau berharap pasukannya dapat mencatat keputusan yang positif dalam pertemuan esok.

Advertisements

“Kami gembira berada di sini dan berharap untuk menambah baik keputusan pada edisi terdahulu dengan mengambil kira bahawa pemain perlu berbangga mewakili negara kita.”

“Persediaan kami adalah baik walaupun dalam tempoh yang singkat. Kami teruja untuk menghadapi pasukan seperti Uzbekistan. Pemain mahu bermain dalam pertandingan ini dan ia memberi motivasi untuk menentang pasukan seperti Uzbekistan,” jelas Juan Torres dalam satu kenyataan.

Ketua jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze melaungkan keyakinan bahawa pasukannya datang untuk muncul juara kejohanan kali ini.

Advertisements

“Kami mempunyai sasaran konkrit untuk memenangi kejohanan ini. Akan Tetapi, peluang juga terbuka kepada pasukan lain. Kami tidak menghadapi krisis kecederaan dan kami bersedia untuk kejohanan ini.”

Kesebelasan Utama Uzbekistan vs Malaysia

Info Siaran Langsung Uzbekistan vs Malaysia

Advertisements

Tarikh: 17 April 2024 (Rabu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Internasional Khalifa, Qatar.
Siaran Langsung:  Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram