Malaysia & Indonesia Tewas Cara Sama Berdepan Qatar B-23
Asia
FA Malaysia/ AFC Asian Cup
Advertisements

Dua pasukan jiran tetangga, Malaysia dan Indonesia kecundang dengan jalan yang sama berdepan pasukan tuan rumah, Qatar B-23.

Skuad muda negara telah pun berpeluang untuk menguji kekuatan Qatar B-23 dalam satu aksi persahabatan selepas menentang skuad muda China.

Keputusan bagaimanapun tidak memihak kepada anak didik Juan Torres Garrido apabila Malaysia tewas tipis dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Malaysia dan Indonesia bagaimanapun tewas dengan cara yang sama apabila kedua-dua pasukan tunduk dengan memberikan sepakan penalti.

Gol tunggal Qatar B-23 ketika berdepan Malaysia adalah menerusi sepakan penalti sementara Indonesia juga memberikan kelebihan tersebut hasil kesilapan kapten pasukan, Rizki Ridho.

Sang Garuda bagaimanapun melepaskan gol kedua menerusi sepakan percuma oleh Ahmed Al-Rawi yang mudah menewaskan penjaga gol Indonesia, Ernando Ari.

Advertisements

Indonesia akhirnya akur apabila tewas dengan keputusan 2-0 kepada Qatar B-23.

Kekalahan itu menyaksikan Indonesia menghuni tangga tercorot Kumpulan A tanpa sebarang mata dan bakal bertemu Australia bagi aksi berikutnya pada 18 April 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram