Siaran Langsung Berbasikal Trek Olimpik: Shah Firdaus Sahrom (Live Streaming)
MakanBola
Olympics Council of Malaysia

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan turun dalam misi penting untuk menghadiahkan pingat buat kontinjen negara di Olimpik Paris.

Kem berbasikal trek negara pada mulanya dikejutkan dengan penyingkiran Datuk Azizulhasni pada saringan awal selepas panel komisar mendapati beliau telah memotong derny sebelum derny meninggalkan trek.

Ad
Advertisement

Shah yang kemudiannya turun dalam saringan kelima juga mengalami nasib yang hampir sama setelah kayuhannya tidak diambil kira akibat melanggar garisan biru.

Advertisement

Ini menyebabkan pelumba berusia 28 tahun ini terpaksa bersaing di peringkat Repechages bersama 4 lagi peserta sebelum Shah muncul pemenang dengan pecutan saat akhir yang bertenaga.

Dengan kemenangan ini, Shah layak selaku wakil tunggal negara ke suku akhir dan perlu berhadapan lima pelumba yang lain bagi memburu empat tempat ke separuh akhir nanti.

Ad
Advertisement

Jadual Acara Keirin Berbasikal Trek

Ad

Pelumba yang mengesahkan tempat di suku akhir akan memulakan perlumbaan pada jam 5.29 petang Ahad dan perlumbaan separuh akhir akan berlangsung sejam kemudian.

Advertisement

Enam peserta yang berjaya layak ke perlumbaan akhir akan berentap pada jam 7.23 malam hari yang sama bagi menentukan kedudukan akhir dan penentuan pingat.

Info Siaran Langsung Berbasikal Trek Olimpik: Shah Firdaus Sahrom

Advertisement

Tarikh: 11 Ogos 2024 (Ahad).
Masa: 5.29 petang waktu tempatan.
Venue: National Velodrome, Paris.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Advertisement