Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Mara ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris setelah muncul pemenang pusingan Repechage pada awal pagi Ahad.
Shah Firdaus yang tersingkir akibat melanggar garisan biru di pusingan kelayakan sebelum ini terpaksa bersaing di peringkat Repechage untuk menempah tiket ke suku akhir.
Wakil tunggal negara ini dijadualkan bersaing bersama 4 lagi pelumba iaitu Nick Wammes, Qi Liu, Rayan Helal dan Jair Tjon En Fa untuk merebut dua tempat bagi setiap pusingan Repechage.
Pada awal perlumbaan, Shah kekal konsisten berada di kedudukan ketiga di belakang dua lagi pelumba sehingga loceng dibunyikan.
Di lap terakhir, Shah terus meningkatkan tempo kayuhan dan berjaya memintas dua lagi pelumba di hadapan untuk muncul pemenang bagi heat ketiga ini.
Shah berjaya menebus duka setelah penyingkiran Datuk Azizulhasni sebelum ini dan mara ke peringkat suku akhir bersama pelumba dari Kanada, Nick Wammes.
Suku akhir acara keirin akan berlangsung pada hari Ahad, jam 5.23 petang sebelum peringkat separuh akhir dan final yang dijadualkan pada hari yang sama.