Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Oman dan Malaysia menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.
Aksi yang berlangsung di Muscat, Oman itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon turun dengan motivasi terbaik selepas merekodkan kemenangan 5-1 ke atas Nepal.
Harimau Malaya bagaimanapun terpaksa berdepan dengan lawan yang menghuni tangga ke-80 dunia itu tanpa beberapa pemain yang mengalami kecederaan.
Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy optimis untuk membantu pasukan meraih kemenangan pertama di bawah kendaliannya terutamanya apabila beraksi di laman sendiri.
Rekod Pertemuan Oman vs Malaysia
Malaysia merekodkan dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan berdepan Oman dalam 6 pertemuan terakhir.
Kesebelasan Utama Oman vs Malaysia
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Oman vs Malaysia
Tarikh: 22 Mac 2024 (Jumaat)
Masa: 2 Pagi
Venue: Sultan Qaboos Sports Complex
Siaran Langsung: Sukan RTM (Free) & Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.