Advertisement
Siaran Langsung Liga Super: Perak vs PDRM (Live Streaming)
Liga Super
MakanBola
Perak FC

Perak akan turun bertemu dengan PDRM di Stadium Perak untuk aksi Liga Super minggu kedua.

Skuad kendalian Yusri Che Lah kini dalam misi meraih tiga mata pertama selepas tewas 3-1 kepada Terengganu dalam perlawanan pertama liga.

PDRM juga pastinya tidak mahu keciciran mata lagi setelah tewas tipis kepada Kedah Darul Aman tempoh hari dan jurulatih PDRM, P. Maniam menuntut agar anak buahnya bangkit dalam perlawanan kedua liga.

“Sudah tentu saya risau apabila kita kalah 1-0 dan kita kena bangkit tetapi ini tidak mudah. Apabila anda menang, momentum akan ada tetapi hari ini PDRM kalah jadi kita kena bersedia untuk perlawanan seterusnya.” ujar P. Maniam.

Kesebelasan Utama Perak vs PDRM

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Perak vs PDRM

Tarikh: 18 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 9:00 Malam
Venue: Stadium Perak, Perak.
Siaran Langsung:  Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.