Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)
Live
Selangor FC
Advertisements

Perlawanan tumpuan minggu kedua Liga Super 2024/2025 akan menemukan naib juara musim lalu, Selangor FC menentang Kedah Darul Aman FC di Petaling Jaya.

Selangor bakal turun dalam aksi pertama mereka musim ini setelah menarik diri ketika perlawanan Piala Sumbangsih mingggu lalu dan pastinya mahu mengutip tiga mata penuh di laman sendiri

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil memberi peringatan kepada anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada dengan barisan pemain lawan dan tidak hanya menumpukan kepada penyerang utama lawan, Syafiq Ahmad.

Advertisements

Manakala, Kedah yang membuka kempen Liga Super dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM minggu lalu berhajat untuk meneruskan rentak cemerlang meskipun sedar Selangor mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Aksi tumpuan ini bakal dihangatkan lagi dengan kehadiran penonton yang dijangka sekitar 15,000 orang apabila dimaklumkan bahawa tiket bagi perlawanan ini sudah habis terjual sehari sebelum permainan dilangsungkan.

Advertisements

Kesebelasan Utama Selangor vs Kedah Darul Aman

Info Siaran Langsung Selangor vs Kedah Darul Aman

Advertisements

Tarikh: 18 Mei 2024 (Sabtu).
Masa: 8.15 Malam.
Venue: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram