“Kedah Bukan Hanya Tentang Syafiq Ahmad” – Nidzam Jamil
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil tidak mahu hanya memberi fokus kepada penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad.

Kedua-dua pasukan akan bertemu bagi aksi Liga Super ke-2 sungguhpun aksi Selangor dan JDT tidak berlangsung pada minggu lalu.

Motivasi The Red Giants kini berada pada tahap tertinggi selepas tidak beraksi pada perlawanan pembukaan selain para pemain mahu memberikan yang terbaik untuk merebut kesebelasan utama.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil, beliau yakin cabaran hebat bakal diberikan oleh anak buah Nafuzi Zain menentang pasukannya.

Nidzam menuntut persembahan terbaik daripada anak buahnya dengan sikap dan komitmen di atas padang bakal menentukan nasib Selangor.

Advertisements

“Pada saya, tiada kelainan. Hanya para pemain, karakter mereka, sikap mereka, ciri pada permainan mereka, itu yang kita utamakan. Bukan tentang saya menentang Nafuzi, apa gaya yang akan digunakan.

“Pada saya, para pemain yang mewujudkan gaya tersebut. Kita cuma galakkan, kita cuma dorong. Kita baiki beberapa aspek dan pada akhirnya, keputusan dan persembahan yang bagus datang daripada para pemain. Tapi saya percaya kita sudah bersedia untuk perlawanan kami nanti. 

Advertisements

Beliau juga tidak mahu pasukannya tertumpu kepada seorang individu sahaja kerana Sang Kenari beraksi bail sebagai satu pasukan di atas padang.

“Kita tidak nampak hanya Syafiq Ahmad. Sudah pasti Syafiq berada pada tangga teratas senarai kita tetapi Kedah masih memiliki beberapa pemain lain seperti Sony Norde yang berpengalaman beberapa musim di Liga Super.

Advertisements

“Jadi, beliau sentiasa konsisten dalam liga. Kemudian, mereka ada Habib yang boleh mengawal bahagian tengah dan sudah tentu ketua jurulatih mereka, Nafuzi. Antara jurulatih yang amat dihormati di Malaysia. Jadi, pasukan itu yang buat kita teruja untuk bermain,” jelasnya kepada Astro Arena.

Kedah telah merekodkan kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM di Stadium Selayang tempoh hari hasil ledakan Syafiq Ahmad seawal 30 saat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram