Perlawanan persahabatan antarabangsa antara pasukan Syria dan Malaysia akan berlangsung pada 8 Januari 2024 jam 8 malam menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk melihat kesebelasan taruhan ketua jurulatih, Kim pan-gon.
Pasukan ke-91 dunia itu menerima tamparan hebat selepas terikat 1-1 dengan Kyrgyzstan tempoh hari sebagai persiapan menjelang kejohanan penting ini.
Anak didik Hector Cuper mempertaruhkan beberapa gandingan baharu kali ini termasuklah kehadiran tonggak JDT, Jalil Elias.
Harimau Malaya telah bertemu dengan Syria pada aksi persahabatan bulan September lalu di China dengan kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 2-2.
Akhyar Rashid dan Darren Lok menjadi wira negara selepas mempamerkan kebangkitan setelah ketinggalan dua gol.
Rekod Pertemuan Syria vs Malaysia
Sebagai rekod, Malaysia telah bertemu Syria dalam 4 aksi terakhir dengan Harimau Malaya hanya mencatatkan satu kemenangan pada tahun 2009 dengan keputusan 4-1.
Syria pula berjaya mengatasi Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 2014 dan 2017 masing-masing dengan keputusan 1-2 dan 0-3.
Pertemuan terakhir antara Malaysia dan Syria berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.
Kesebelasan Utama Syria vs Malaysia
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Syria vs Malaysia
Tarikh: 8 Januari 2024 (Isnin)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium Qatar University
Siaran Langsung: Sofascore & Sabcsport
Waktu perlawanan difahamkan berubah mengikut kemas kini semasa.
Keputusan perlawanan akan disiarkan di MakanBola.com.