Aksi suku akhir Thomas Cup 2024 menyaksikan pertembungan epik di antara Malaysia dan juga Jepun pada Khamis.
Skuad negara yang kecundang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan 2-3 kepada Denmark Selasa lalu bakal berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu juara edisi 2014, Jepun di peringkat suku akhir.
Dendam kekalahan kepada Jepun di final Thomas Cup 10 tahun yang lalu masih terasa dan pastinya mahu dibalas oleh skuad negara sekaligus menempah tiket ke separuh akhir.
Walaupun pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dimenangi oleh Jepun pada aksi peringkat kumpulan edisi yang lalu, namun dengan barisan pemain yang diketuai oleh Soh Wooi Yik pastinya mampu mencipta kejutan bagi meraih kemenangan.
Jepun pula berada di prestasi terbaik mereka apabila mencatatkan kemenangan bersih 5-0 dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan termasuklah berdepan Chinese Taipei sebelum ini untuk bergelar juara kumpulan.
Kesebelasan Utama Jepun vs Malaysia
Info Siaran Langsung Jepun vs Malaysia
Tarikh: 2 Mei 2024 (Khamis)
Masa: 5.00 petang
Venue: High Technology Zone Sports Center, Chengdu, China
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.