Sikap Tidak Tamak Faisal Halim Wajar Dicontohi Pemain Lain
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Mohd Faisal Halim membuktikan kalibernya untuk menjadi watak penting pasukan apabila membantu Malaysia untuk menang 4-0 ke atas Brunei.

Beliau mendapat kepercayaan Kim Pan-gon untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dengan membentuk gandingan yang sangat baik bersama Syafiq Ahmad dan juga Mohamadou Sumareh.

Hal ini jelas menjadi ancaman terbesar buat Brunei yang kelihatan hanya bertahan dalam kawasan sendiri sekaligus menyukarkan sedikit rencana pasukan negara.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun ini jelas berada dalam kelas tersendiri untuk mendominasi bahagian kiri padang dengan menampilkan sifat tidak tamak sungguhpun mahu menjaringkan gol.

Beliau membentuk persefahaman yang cukup baik apabila menjadi pencetus kepada situasi kelam-kabut di bahagian pertahanan Brunei.

Faisal tidak bermain secara sebaliknya terus membantu rakan sepasukan yang membuat larian ke dalam kotak penalti dengan melakukan hantaran satu dua.

Advertisements

Ini juga menjadi pencetus kepada gol yang dijaringkan oleh Syamer Kutty selepas beliau berjaya menyelinap masuk dan mencari larian Syamer.

Pemain tengah JDT itu jelas tidak berada dalam tekanan untuk melepaskan satu rembatan leret menewaskan penjaga gol Brunei.

Bekas bintang Sri Pahang ini juga memiliki keberanian untuk melepaskan percubaan ke arah gawang lawan sungguhpun tidak mendapat peluang yang banyak ketika pemain Brunei berkubu di kawasan mereka sendiri.

Advertisements

Kecemerlangan dan sifat tidak tamak pemain ini juga telah membawa kejayaan kepada skuad Kim Pan-gon dalam usaha untuk membuat persiapan terakhir menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram