Sikh Izhan: Penghijrahan Ke Negeri Sembilan Banyak Mengajar Saya
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel menyifatkan penghijrahannya secara pinjaman dari Selangor FC ke pasukan itu banyak memberi manfaat berguna kepada beliau.

Ini kerana sepanjang tempohnya bersama Hoben Jang Hoben, beliau bukan saja berpeluang membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya.

Malah, Sikh Izhan juga berupaya mendapat minit permainan berharga sekaligus menambah kematangan dari segi kualiti permainannya sebagai penjaga gol.

Advertisements

“Saya sama sekali tak terasa (beban). Masa saya masuk Negeri Sembilan, saya tak target apa-apa, untuk bermain dalam pasukan kebangsaan. Kebanyakannya fokus untuk dapatkan minit permainan dalam Liga Super.

So, saya pergi game by game, saya pergi satu persatu. Saya dengar nasihat mak ayah saya, Coach (K.) Devan, Coach Megat (Amir Faisal) banyak membantu saya.

So, saya rasa penghijrahan saya ke Negeri Sembilan ini banyak membantu saya dalam karier permainan bola sepak,” katanya kepada MakanBola selepas tamat perlawanan KL City FC-Negeri Sembilan FC.

Advertisements

Sikh Izhan dipinjamkan ke skuad Rusa selama semusim sebelum kembali menyertai Selangor FC pada akhir musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram