Sisi Lain Nazmi Faiz Di JDT Yang Ramai Tak Tahu
Hiburan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matt Davies dan Corbin Ong mendedahkan sisi berbeza pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor.

Dalam segmen ‘Who’s Most Likely?’ episod kedua terbitan JDT TV, dua tonggak Harimau Malaya itu berkongsi cerita dan karenah pemain-pemain JDT yang ramai tidak tahu.

Satu soalan telah diajukan kepada mereka berdua ialah siapakah pemain yang sering melakukan latihan tambahan selepas selesai sesi latihan.

Advertisements

Matt dan Corbin masing-masing bersetuju untuk memilih Nazmi Faiz dan Syamer Kutty Abba.

“Saya rasa mungkin Nazmi beliau sering melakukan latihan tambahan,” ujar Matt Davies.

Nazmi dalam pada itu turut dilabel sebagai pemain yang kerap menghabiskan masa di hadapan cermin. Beliau dikatakan sering membawa pengering rambut kemana-mana.

Advertisements

“Kami ada beberapa pemain, tetapi saya akan katakan Akhyar sentiasa berada di hadapan cermin. Juga Nazmi, sentiasa memasang pengering rambut.”

Untuk musim ini, Nazmi Faiz berjaya merekodkan satu jaringan ketika berdepan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2023.

JDT bakal berdepan Negeri Sembilan untuk perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2023 berdepan Negeri Sembilan. Aksi tersebut dijadualkan berlangsung pada 15 September di Stadium Paroi kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram