Advertising
Situasi Sebenar Kecederaan Syafiq Ahmad & Darren Lok
MakanBola
Khairul / MakanBola

Situasi sebenar kecederaan dua peledak berbisa negara, Syafiq Ahmad dan Darren Lok mencuri tumpuan.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan seperti Arif Aiman, Faisal Halim, Syafiq dan ramai lagi.

Ad

Beliau bagaimanapun optimis untuk memastikan Harimau Malaya terus memperagakan aksi terbaik berbaki dua perlawanan menentant Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Ad

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun mengakui sedikit terkesan dengan ketiadaan beberapa watak utama pada panggilan kali ini.

“Kes (simbahan asid) Faisal Halim, Arif Aiman cedera dan Syafiq Ahmad (alami kecederaan) hamstring. (Romel) Morales (alami kecederaan) buku lali. 

Ad

Tamparan hebat berlaku apabila FAM memantau kecederaan Darren Lok dan akhirnya mengesahkan bahawa peledak Sabah itu juga terpaksa diketepikan.

Ad

“Hari ini, kita masih lihat keadaan hamstring Darren Lok sekali lagi. Jadi, semua pemain serangan (negara) yang hebat terpaksa disisihkan,” tambah Pan-gon.

Ad

Syafiq digantikan oleh pemain KL City, Zhafri Yahya sementara Shamie Iszuan (Kuching City) mengambil alih peranan Darren Lok bersama Harimau Malaya.

Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.