Situasi Semasa Facundo Garces & Rodrigo Holgado
MakanBola
D. Alaves/America De Cali

Situasi semasa dua pemain, Facundo Garces dan Rodrigo Holgado mencuri perhatian.

Baru-baru ini, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah mengumumkan nasib tujuh pemain Harimau Malaya pada 5 Mac 2026.

Keputusan itu menyaksikan ketujuh-tujuh pemain itu perlu meneruskan penggantungan daripada sebarang aksi selama 12 bulan, namun masih boleh terus berlatih bersama kelab.

“Selepas meneliti bukti yang dikemukakan, panel CAS mendapati kesalahan memalsukan dokumen kelayakan memang berlaku dan hukuman penggantungan 12 bulan daripada beraksi dalam perlawanan dianggap munasabah serta seimbang.

“Panel tersebut memutuskan bahawa larangan itu hanya perlu terpakai kepada perlawanan sahaja dan bukan kepada semua aktiviti berkaitan bola sepak, sekali gus membolehkan pemain terus menjalani latihan bersama kelab masing masing,” ujar kenyataan CAS.

Kelab Garces, Deportivo Alaves memaklumkan bahawa pemain berusia 26 tahun itu akan terus kekal berlatih bersama kelab sehingga tempoh penggantungan tamat.

“Akibatnya, penggantungan daripada bermain perlawanan bermula hari ini, 5 Mac 2026 dan ini termasuk tempoh antara 25 September 2025 dan 26 Januari 2026, dengan larangan itu dilaksanakan secara efektif.

“Tambahan pula, seperti yang ditetapkan dalam keputusan tersebut, penggantungan itu terhad kepada penyertaan dalam perlawanan rasmi. Ini bermakna Facundo Garcés boleh meneruskan latihan dan menjalankan aktiviti profesionalnya dengan kelab dalam tempoh ini,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sementara itu, penyerang berbisa kelahiran Colombia, Rodrigo Holgado dilaporkan bakal terus kekal bersama kelab baharunya, Coquimbo Unido walaupun digantung sehingga September susulan keputusan CAS.

“Coquimbo adalah rumahnya”, Rodrigo Holgado dilapor akan terus kekal bersama Coquimbo Unido walaupun digantung sehingga September susulan keputusan CAS, ketika penyerang itu turut dilihat memadam sepenuhnya akaun Instagram miliknya,” ujar kenyataan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Claim Money Packet TnG