Situasi Tak Diduga Negeri Sembilan Buka Laluan Mudah Kedah Ke Suku Akhir
Dunia
Kedah Darul Aman
Advertisements

Pasukan Kedah sudah selangkah untuk mara ke peringkat seterusnya selepas salah satu pasukan dalam kumpulan mereka iaitu Negeri Sembilan secara sah telah pun membuat keputusan untuk tidak meneruskan aksi dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

“Dalam surat makluman Negeri Sembilan FC kepada MFL, mereka telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan baki saingan TM Piala Malaysia 2021 di peringkat Kumpulan C dan tidak melibatkan pasukan-pasukan yang lain demi menjaga gelembung sukan bola sepak demi menjaga keselamatan pegawai dan pemain.

“Ini kerana Negeri Sembilan FC melalui doktor pasukan mereka dalam surat makluman telah menjelaskan bahawa pegawai dan pemain yang positif akan memperoleh beberapa kesan sampingan akibat daripada jangkitan COVID-19 ini antaranya penurunan tahap kecergasan fizikal dan kesan ‘detraining’, gelaja jangkitan Post-COVID, kompilasi Kardiovaskular dan kompilasi perubatan lain,’-Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

Advertisements

Namun begitu, dalam satu temubual oleh Astro Arena, pengendali pasukan Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin menjelaskan bahawa bukan satu tugas yang mudah untuk mendapatkan mata.

‘Kita perlu lihat secara realistik kerana bukan satu perkara yang senang untuk mendapatkan mata di Negeri Sembilan.’

‘Bukan semua pasukan (Kelantan United dan Melaka United) boleh memungut mata apabila berdepan dengan pasukan Negeri Sembilan.’

Advertisements

‘Namun begitu, saya lega kerana dua pemain saya sudah kembali iaitu Rabih dan juga Kpah semakin cergas,’-Jelasnya lagi.

Ketika ini, jika dikira penambahan mata kepada setiap pasukan, Kedah unggul di tangga teratas dengan 9 mata diikuti oleh Melaka United dengan jumlah mata yang sama.

Ini juga bakal menyaksikan pasukan Helang Kuning itu mempunyai peluang yang amat cerah untuk mara ke peringkat seterusnya dengan hanya memerlukan satu sahaja kemenangan untuk mengesahkan tempat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram