Skuad Brad Maloney ‘Ganti’ Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pasukan bawah 23 tahun negara yang dikendalikan Brad Maloney bakal mengambil alih peranan skuad senior dalam beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata FAM menghadapi masalah untuk mengumpul pemain senior yang kini dalam persiapan rapi menghadapi musim baru Liga-M 2022.

Selain ketiadaan pengganti Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya pada 3 Januari lalu, keputusan ini juga memberikan kelebihan buat skuad Brad Maloney menguji kekuatan sebelum kejohanan Piala AFF B-23 berlangsung Februari ini.

Advertisements

“Pasukan B-23 yang membuat persiapan bagi menghadapi Piala AFF 2022 B-23 di Kemboja, Februari depan akan menggunakan kalendar FIFA kali ini 24 Januari hingga 1 Februari.

“Kita juga ada tulis surat ke beberapa negara untuk mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsa bersama pasukan B-23 mereka ataupun kelab negara terlibat.” Jelas Saifuddin di sidang media Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia 2022 (Bernama).

Skuad bawah 23 tahun negara diundi bersama-sama Indonesia, Myanmar dan Laos dalam Kumpulan B.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram