Skuad Muda JDT Jadi Mangsa Kebangkitan KL City
Liga M3
Johor Southern Tigers
Advertisements

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) FC IV melakar kemenangan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala Belia musnah apabila tunduk 2-1 kepada KL City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Skuad muda Harimau Selatan yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez tahu kemenangan akan menjadi bekalan selesa bila mereka beraksi di gelanggang sendiri dalam aksi kedua pada 19 Ogos.

Atas sebab itu, JDT FC IV terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang muda Naim Zainudin pada minit ke-31. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, ubi muda The City Boys melancarkan kebangkitan. Skuad yang dibimbing Muhammad Zamri Hasan itu menyamakan kedudukan menerusi Fakhrul Ezwan Mohamed Radzi pada minit ke-55.

Dan tuan rumah meraih gol kemenangan pada minit ke-67 menerusi pemain gantian, Razmirul Irfanshah Ramli. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Biarpun tewas, anak-anak buah Munoz Rodriguez sekurang-kurangnya mempunyai satu gol sebagai bekalan bila beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Kulai pada 19 Ogos ini.

Dengan slot ke separuh akhir Piala Belia masih lagi terbuka, kedua-dua pasukan tahu hanya kemenangan dalam aksi kedua suku akhir yang dapat menjamin kemaraan mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram