Skuad B-12 Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengesahkan kemaraan ke final Piala Supermokh 2023 selepas menewaskan wakil Hong Kong, Zhejiang Professional FC.
Selepas mara ke separuh akhir dengan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan, mereka perlu melepasi Zhejiang untuk mara ke final.
Seperti dijangka, wakil Hong Kong itu berusaha menyekat jentera serangan ubi muda Harimau Selatan daripada menjaringkan gol.
Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil. Ayam tambatan JDT, Sa’ap Baharom meranapkan impian Zhejiang ke final dengan dua gol.
Dua gol tersebut sudah cukup untuk menjamin kemenangan 2-1 JDT dalam aksi separuh akhir Piala Supermokh 2023. Menariknya, ini gol kesembilan Sa’ap sepanjang kejohanan.
Kini, mereka menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir membabitkan skuad Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) A dan B.