Aksi Singapore Youth League menyaksikan skuad muda JDT mencipta sensasi apabila menundukkan wakil Singapura, Geylang International.
Perlawanan yang berlangsung di Singapura itu menyaksikan JDT B-15 sukar digugat sungguhpun memasuki perlawanan yang ke-6.
Perlawanan Singapore Youth League itu menyaksikan skuad bawah 13 dan 15 tahun JDT terus mencipta prestasi memberangsangkan dalam kejohanan tersebut.
Keunggulan skuad muda JDT terus terserlah apabila memberikan kekalahan pertama kepada Geylang International apabila mencatatkan kemenangan besar 4-1 dalam satu aksi semalam.
Kemenangan ini membolehkan JDT unggul mendahului carta Kumpulan B U15 dengan 18 mata sambil merekodkan 62 jaringan dan hanya dibolosi tiga gol sepanjang kejohanan.
Sebelum ini, skuad muda JDT telah menewaskan Tasek Sailors dengan keputusan 19-0 dalam satu aksi peringkat kumpulan.
Cabaran sengit menanti JDT B-15 apabila bakal berdepan pasukan tangga ke-2, Barca Academy selepas ini.