Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) III mempamerkan prestasi hebat apabila menewaskan wakil Australia, 2 Halfs Football Development 4-0.
Selepas membuka kempen Piala Presiden 2025 dengan kemenangan, rentak itu mahu dikekalkan pengendali JDT III, Pedro Collado Celda.
Ini mendorong pengendali Sepanyol itu menurunkan barisan terkuat termasuk penyerang skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Naim Zainudin.
Barisan muda Harimau Selatan menunjukkan keampuhan mereka apabila menyumbat empat gol pada separuh masa pertama.
Hilmi Farish membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh. Naim kemudiannya menggandakan kelebihan JDT pada minit ke-15.
Danish Amiruddin menjadikan kedudukan 3-0 11 minit selepas itu. Naim memastikan Harimau Selatan mendahului 4-0 sehingga rehat.
Usaha meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua tidak dapat dilakukan susulan hujan lebat.
Meskipun hanya sempat beraksi selama 45 minit, ini dilihat amaran kepada pasukan Piala Presiden lain bahawa JDT III sudah bersedia mempertahankan kejuaraan mereka.
Anak buah Celda bakal menentang Melaka FA di Stadium Hang Tuah pada 7 Mei ini.