Skuad muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kemenangan 21-0 dalam satu aksi di Singapura.
Perlawanan JDT B-15 menentang FFF Academy B-15 itu bagi aksi Singapore Youth League menyaksikan skuad muda Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah peringkat kumpulan.
FFA Academy sebelum ini juga telah dibelasah oleh Geylang International B-15 yang melakar kemenangan besar 20-0 ke atas FFA Academy dalam perlawanan tempoh hari.
Kemenangan bagaimanapun mudah memihak kepada JDT B-15 Kemenangan ini memastikan pasukan muda Harimau Selatan kekal menerajui Kumpulan B B-15 SYL dengan 27 mata selepas sembilan perlawanan.
Wakil Malaysia itu bagaimanapun diekori rapat oleh Geylang International B-15 yang merekodkan 24 mata dan hanya tewas sekali kepada skuad muda JDT.
JDT B-15 kini hanya berbaki satu perlawanan sahaja menentang East Coast United FA pada 4 Mei 2024 dalam misi untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih pada kempen kali ini.