Skuad Muda Malaysia Tewas Tipis Kepada Akademi Aspire
MakanBola
FA MALAYSIA

Skuad muda Malaysia mengalami kekalahan tipis dalam aksi terakhir di Qatar semalam berdepan Akademi Aspire.

Anak didik Osmera Omaro memulakan perjalanan di sana dengan cukup baik menerusi beberapa dereta kemenangan.

Mereka juga melakukanntugas dengan cukup hebat apabila berjaya melakar kemenangan dramatik ke atas Al-Duhail SC B-19 dengan keputusan 1-0.

Walaun bagaimanapun, tuah nyata tidak memihak kepada skuad muda Malaysia semalam apabila mengakhiri kempen persediaan di sana dengan kekalahan.

Malaysia melakukan segalanya untuk meraih kemenangan ke-5 di Qatar namun dinafikan oleh jaringan tunggal Akademi Aspire untuk tewas satu perlawanan di sana.

Keputusan ini sudah tentu tidak diingini oleh pasukan negara tatkala mereka melakukan persediaan rapi sebelum melangkah ke Piala Asia B-17 yang diadakan di Thailand.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin melaungkan keyakinan bahawa skuad. muda berbakat ini mampu mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan kali ini.