Skuad muda Malaysia terus mempamerkan aksi yang cukup garang dalam perlawanan ke-4 di Qatar.
Anak didik Osmera Omaro telah merekodkan tiga kemenangan bermakna sebelum ini untuk menyuntik moral sebelum ke Thailand.
Barisan muda negara jelas berada dalam momentum terbaik apabila turun berdepan salah sebuah akademi terbaik di Asia iaitu Al-Duhail SC B-19.
Dalam perlawanan tersebut, skuad negara berdepan detik sukar sebelum berjaya menoktahkan kemenangan.
Jaringan tunggal Malaysia hadir pada minit ke-81 menerusi ledakan Ezawi Azman Abdullah.
Malaysia bakal berdepan satu lagi aksi persahabatan malam ini sebelum menghadapi Piala Asia B-17 yang berlangsung di Thailand.