Skuad Muda Negara Berjaya Tumbangkan Laos
Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Skuad kendalian Brad Maloney yang turun dengan formasi 3-4-3 berjaya mencatat kemenangan untuk aksi pertama di Mangolia hari ini. Skuad muda negara berjaya menumbangkan Laos dengan keputusan 1-0.

Malaysia bermula agresif pada separuh masa pertama apabila percubaan daripada Azfar pada minit ke-22 permainan mencemaskan kubu lawan. Peluang terbaik itu hadir menerusi satu sepakan deras namun berjaya dihalang pemain pertahanan Laos.

Selang beberapa minit selepas itu, Malaysia sekali lagi hadir melalui satu tandukan berbahaya Harith Haiqal namun masih tidak menerjah jaring. Gerakan cantik skuad muda negara pada minit ke-36 permainan disudahkan dengan rembatan deras Luqman Hakim. Malangnya bola itu berjaya ditepis penjaga gol Laos.

Advertisements

Malaysia banyak melakukan gerakan satu dua sekaligus berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Namun tiada penyudah yang tajam untuk mengegar jaring. Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan. Malaysia 0-0 Laos.

Menjelang babak kedua perlawanan, pasukan Malaysia menerima satu sepakan percuma pada minit ke-49 permainan. Malangnya rembatan Nik Akif sedikit melewati tiang gol. 

Setakat minit ke-60 permainan, kedua-dua pasukan dilihat cuba mengatur serangan untuk menghasilkan gol. Bola banyak berlegar di kawasan tengah padang namun tiada penyudah daripada kedua-dua pasukan.

Advertisements

Percaturan Brad Maloney yang membawa masuk Quentin Cheng dan Hakimi Abdullah nyata membuahkan hasil apabila skuad muda negara berjaya memecah kebuntuan membuka akaun jaringan. Hantaran lintang cantik daripada Quentin Cheng mudah disumbat masuk Azfar Fikri pada minit ke-68. Malaysia mendahului di hadapan 1-0.

Pada minit ke-77 permainan, Saravanan dimasukkan untuk mengukuhkan barisan serangan. Fresh-leg ini berjaya melakakukan satu tandukan cantik pada minit ke-80 namun tidak tepat ke gawang. Sambil itu dalam aksi hari ini, barisan pertahanan dan penjaga gol negara tidak banyak diuji. Barisan pertahanan muda kita juga berjaya menunjukkan disiplin yang tinggi ketika bermain. 

Babak akhir permainan diserikan dengan satu percubaan cantik menerusi Quentin Cheng. Namun rembatan beliau sekadar melewati gawang gol. Perlawanan tamat, Malaysia 1-0 Laos.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram