Skuad Muda Selangor Bakal Sertai Piala Lion City
Asia Tenggara
FA Malaysia
Advertisements

Skuad remaja Selangor FC bakal menimba pengalaman dengan menyertai Piala Lion City 2023 anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Ini merupakan edisi ke-27 kejohanan selepas kali terakhir dianjurkan pada 2015. Pada edisi sebelumnya, skuad B-15 Tottenham Hotspur muncul juara kejohanan mengatasi skuad B-15 Liverpool.

Selain Selangor FC dan skuad Pusat Pembangunan Nasional (NDC) B-15 Singapura, kejohanan ini akan turut disertai oleh kelab Thailand, BG Pathum United dan kelab Indonesia, Borneo FC.

Advertisements

Kejohanan bakal berlangsung pada 1 dan 3 September ini dengan semua perlawanan akan diadakan di Stadium Jalan Besar.

Borneo F.C. bakal turun menentang BG Pathum pada jam 5.00 petang. Manakala skuad remaja Selangor dan Singapura memperbaharui permusuhan tradisi kedua-dua pasukan bila bersemuka pada jam 8.00 malam.

Advertisements

Diadakan buat kali pertama pada 1977, kejohanan ini bukan saja menampilkan skuad-skuad remaja negara Asia. Malah, ia juga menjadi tumpuan skuad-skuad pembangunan kelab antarabangsa seperti Ajax Amsterdam (Belanda) dan Corinthians (Brazil).

Ubi muda Selangor diharap dapat mengulangi kejayaan skuad muda negara menjulang Piala Lion City. Kali terakhir Malaysia menjulang piala tersebut ialah menerusi skuad B-18 negara pada edisi 2005.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram