Skuad Muda Vietnam Kejutkan Arab Saudi
Asia
AFC
Advertisements

Pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam telah pun mencipta satu lagi kejutan apabila berjaya menewaskan gergasi Timur Tengah, Arab Saudi.

Perlawanan yang melibatkan pasukan muda kedua-dua negara itu berlangsung di Stadium Raja Faisal mengejutkan ramai pihak dengan kemampuan sebenar Vietnam.

Setelah dibimbing oleh pengendali baharu, Hoang Anh Tuan, mereka menunjukkan perkembangan yang cukup positif untuk menundukkan juara bertahan Piala Asia bawah 20 tahun itu.

Advertisements

Ini susulan prestasi kurang baik di bawah pengendali terdahulu, Dinh The Nam, mereka hanya mampu berada pada kedudukan ketiga dalam kempen Piala AFF bawah 20 pada tahun 2022.

Malah, Vietnam juga gagal melepasi peringkat kumpulan dalam Kelayakan Piala Asia tempoh hari.

Advertisements

Kehadiran Hoang Anh Tuan bukanlah asing apabila beliau pernah membimbing pasukan bawah 20 tahun Vietnam pada tahun 2017 yang dibarisi oleh nama-nama seperti Nguyen Quang Hai, Nguyen Tien Linh, Doan Van Hau dan lain-lain, layak ke Piala Dunia U-20 2017 setelah mara ke separuh akhir Piala Asia U-19 tahun 2016.

Mereka kini dalam prestasi terbaik bagi kempen Piala Asia bawah 20 tahun di Uzbekistan apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Qatar, Australia dan Iran.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram