Kuching City muncul tempat ke-3 SMJ Cup apabila menewaskan Hougang United dengan keputusan 2-0.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempertaruhkan kesebelasan terbaik.
Anak didik Aidil Sharin turun dengan motivasi terbaik selepas mengikat Sabah dengan keputusan 0-0 selain menumpaskan Hougang United sebelum ini.
Wakil Singapura itu bagaimanapun dalam momentuk kurang baik apabila tewas kesemua perlawanan yang diharungi berdepan tiga kelab Liga Super.
Perlawanan berlangsung rancak apabila jentera serangan Kuching City memberi tekanan hebat kepada lawan.
Kelebihan nyata milik Kuching City apabila meledak sua gol menerusi sepakan percuma oleh Farid sebelum Jordan Mintah memberikan kedudukan selesa buat pasukannya.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat cuba mengatur gerak namun kekebalan benteng pertahanan yang diketuai oleh James Okwuosa menafikan setiap gerakan.
Tambahan masa 6 minit tidak memberi ruang buat Hougang United bangkit sekaligus tewas aksi ke-4 di Borneo.
Kuching City berjaya membawa pulang RM5000 sementara Hougang United di tangga ke-4 dengan RM3000.