Sungguhpun Malaysia bakal memulakan aksi pembukaan menentang Myanmar hari ini, namun kehadiran di gelanggang keramat Harimau Malaya dikahabarkan sudah laku keras.
Skuad kendalian Kim Pan-gon yang berada dalam Kumpulan B akan memulakan saingan di gelanggang sendiri pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Laos.
Setelah mendapat respon yang pelbagai mengenai harga tiket di SNBJ, tindakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin untuk menurunkan harga tiket ternyata membuahkan hasil.
Menerusi satu makluman daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, beliau memaklumkan bahawa jualan tiket semakin laju dengan jualan berlangsung secara dalam talian.
“Penurunan harga tiket sebanyak dua kali oleh Presiden (Datuk Hamidin Mohd Amin) kerana mendengar pelbagai pandangan.”
“Kita juga ucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa turun untuk memberi semangat.”
Beliau juga memberi bayangan hampir 20,000 penyokong akan membanjiri SNBJ Sabtu ini.
“Kita berharap agar sokongan pemain dapat diteruskan pada aksi berdepan Laos ini. Setakat hari ini (kelmarin), lebih kurang 12,000 ke 15,000 tiket sudah terjual,” katanya oleh Harian Metro.
Jualan ini dijangka terus meningkat menjelang sepak mula tidak lama lagi.
Malaysia turut menjadi tuan rumah bagi pertemuan menentang Laos Sabtu ini dan juga aksi terakhir kumpulan menentang Singapura pada 3 Januari kelak.