Somerville Pandang Tinggi Syihan Hazmi
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville mengakui beliau memandang tinggi penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed.

Somerville berpandangan sedemikian kerana Syihan sentiasa cemerlang bila mengawal gawang baik bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahupun skuad kebangsaan.

Dengan kualiti yang dimilikinya, sukar buat penjaga gol berusia 29 tahun itu mencabar kedudukan beliau sebagai penjaga gol Harimau Malaya.

Advertisements

Namun begitu, itu bukan halangan buat Somerville untuk terus memberikan saingan kepada Syihan sekiranya dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

“Sudah pasti Syihan (Hazmi Mohamed) merupakan penjaga gol terbaik. Sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah. Tapi sama seperti di kelab-kelab kami, kita akan bersaing dan itu yang kita akan lakukan,” katanya kepada MakanBola selepas perlawanan Selangor-PDRM FC semalam.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 3-1 buat Selangor. Somerville tidak diturunkan semalam susulan keputusan Tan Cheng Hoe memberi peluang kepada Khairulazhan Khalid dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Beliau sudah membuat 17 penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M) termasuk Piala Malaysia.

Prestasi cemerlangnya bersama Merah Kuning musim ini menyaksikan beliau juga beberapa kali diletakkan dalam senarai bersedia skuad kebangsaan untuk penjaga gol.

Persaingan merebut posisi penjaga gol Harimau Malaya dijangka sengit terutama menjelang saingan Piala Asia 2023 yang bermula pada 12 Januari 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram