Sonny Bill Williams Titip Doa Kepada Faisal Halim
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Legenda ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams menjadi individu terbaru yang mendoakan kesejahteraan buat bintang Selangor FC, Faisal Halim.

Faisal sebelum ini menjadi mangsa kes simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian di Lembah Klang baru-baru ini.

Selepas menjalani beberapa pembedahan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, proses pemulihan beliau berjalan lancar. Faisal dijangka pulang ke rumah dalam tempoh beberapa minggu.

Advertisements

Berita tentang insiden yang menimpa Faisal tersebar luas hingga sejauh Korea Selatan dan Sepanyol. Ini mendorong ramai pemain dan entiti bola sepak menyatakan sokongan dan doa buat beliau.

Williams yang juga figura Islam terkemuka di New Zealand bukan saja mendoakan agar Faisal kembali pulih. Malah, beliau turut mendoakan semoga Allah s.w.t meringankan kesusahan yang dihadapi beliau dan keluarga akibat kejadian itu.

Advertisements

“Assalamualaikum, saudara Faisal. Sonny Bill Williams di sini. Saya mendoakan yang baik-baik buat anda, Semoga Allah memberi kesembuhan kepada anda dan semoga Allah meringankan urusan anda dan keluarga anda.

“Saya mengirimkan doa dan kasih sayang kepada anda. Insya Allah, kekal tabah. Apabila datangnya kesusahan, ia akan digantikan dengan kemudahan. Dan Insya Allah, kemudahan itu akan datang lebih pantas. Jaga diri, assalamualaikum,” katanya dalam satu video yang dikongsikan oleh Selangor hari ini.

Advertisements

Selain Williams, Manchester United menerusi dua bintang mereka, Andre Onana dan Alejandro Garnacho turut menyatakan sokongan kepada Faisal dan mendoakan beliau kembali pulih.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram