Sony Norde Tiba Di Terengganu

Sony Norde Sony Norde Tiba Di Terengganu
Foto: Sony Norde
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Bintang import sensasi, Sony Norde dilihat sudah tiba di Kuala Terengganu pada kelmarin.

Difahamkan khidmat pemain berusia 33 tahun itu ditagih Terengganu untuk saingan liga musim hadapan. Dengan kehadiran sayap lincah ini, beliau dilihat menjadi prospek terbaik bagi menguatkan jentera serangan Skuad Peteh. 

Dalam satu hantaran terbaru di laman Facebook Terengganu 11, Sony Norde dilihat sedang makan di Restoran Asia Signature, Kuala Terengganu. Bekas import Melaka United itu duduk semeja bersama dua pegawai Terengganu FC.

Menurut wartawan terkemuka, Zulhelmi Zainal Azam, sebelum ini Sony Norde telah menjadi rebutan beberapa pasukan. Bagaimanapun Terengganu mendahului dengan tawaran kontrak yang lebih menarik untuk mengikat bintang kelahiran Haiti tersebut. 

Sepanjang bersama Melaka United sejak 2020 hingga 2022, Sony Norde telah melakukan sebanyak 45 penampilan. Bekas kapten Melaka United itu juga berjaya menyumbang sebanyak 4 gol dan 6 bantuan gol buat Melaka United musim ini.