Sorakan nama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri bergema di Stadium Vicarage Road baru-baru ini.
Pemain berusia 34 tahun itu dikesan berada di England dan berkunjung ke kelab lamanya iaitu Watford FC ketika aksi EPL menentang Playmouth Argyle.
Tonggak kelahiran Itali itu menerima sambutan hangat daripada penyokong bekas kelabnya bersama seorang lagi lagenda kelab, Adlene Guedioura.
Beliau sempat memberikan sepatah dua kata kepada penyokong sebelum berjalan dan melambai tangan kepada penyokong.
Berdasarkan klip yang dikongsikan oleh Watford FC dan juga akaun peribadi Forestieri, beliau sempat bergambar bersama beberapa peminat sebelum berjalan mengelilingi Vicarage Road.
Sambutan hangat kepada beliau diberikan susulan beraksi bersama kelab tersebut sekitar tahun 2012-2015.
Kelibat Forestieri jarang kelihatan bersama JDT musim ini tatkala beliau mengalami kecederaan yang memaksa dirinya diketepikan buat beberapa perlawanan.
Kali terakhir beliau dikesan beraksi buat JDT adalah pada bulan Jun lalu dan menjaringkan gol berdepan Kelantan Darul Naim.