Spurs dan Arsenal Berebut Gabriel Jesus
Dunia
MANCHESTER CITY
Advertisements

Dua gergasi England iaitu Spurs dan Arsenal kini menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain Manchester City, Gabriel Jesus.

Penyerang kelahiran Brazil itu sah akan meninggalkan Manchester City pada musim ini selepas beliau membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak menurut wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano di Twitter miliknya.

Kehadiran penyerang profilik Norway, Erling Haaland dan juga pemain muda berasal dari Argentina, Julian Alvarez pada musim baharu nanti bakal menggugat kedudukan Gabriel Jesus.  

Advertisements

Hal ini menyebabkan berkemungkinan besar Gabriel Jesus bukan lagi senjata utama Manchester City.

Pasukan Spurs antara yang menunjukkan minat kerana mahu memperkuatkan jentera bahagian serangan selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat keempat sekaligus layak beraksi di Liga Juara-Juara musim hadapan. 

Sungguhpun begitu, Arsenal turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau oleh kerana mereka akan kehilangan penyerang utama, Lacazette pada musim baharu nanti. 

Advertisements

Untuk rekod, Jesus telah mencatatkan sebanyak 13 gol dan 12 bantuan gol dalam 40 penampilan di semua pertandingan musim ini bersama Manchester City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram