Sri Pahang Bakal Beraksi Di Stadium Temerloh?
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Sri Pahang berkemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di Stadium Darul Makmur musim hadapan.

Ini selepas gelanggang keramat Tok Gajah itu akan menjalani proses naiktaraf dari segi sistem pengaliran dan rumput baharu yang bakal menjadikan stadium ini berwajah baharu.

Proses naiktaraf yang dijalankan ini merupakan hasil geran penyelenggaraan kualiti rumput padang yang disumbangkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Johor seperti disarankan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Advertisements

Menurut laporan Stadium Astro, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata Stadium Darul Makmur akan ditutup buat sementara waktu bagi kerja-kerja penaiktarafan.

“Kerajaan negeri Pahang bersetuju agar Stadium Darul Makmur ditutup bagi tujuan menaiktaraf kualiti padang yang lebih baik,” katanya kepada Astro Arena.

Oleh itu, beliau memberi bayangan bahawa Stadium Temerloh bakal dijadikan venue rasmi buat Sri Pahang pada musim hadapan setelah menerima maklum balas positif dari pihak pengelola liga.

Advertisements

“Di peringkat persaingan liga nanti lokasi terbaik adalah Stadium Temerloh, malah lawatan dari MFL sebelum ini juga menunjukkan tanda positif untuk stadium itu dapat digunakan dalam saingan Liga Super Malaysia nanti.

Tegasnya lagi, stadium ini merupakan stadium terbaik yang berada di Pahang dan berharap dapat kembali ke Stadium Darul Makmur setelah segala kerja selenggara disiapkan dengan segera.

“Ini adalah venue terbaik yang ada di bumi Pahang, jika proses penaiktarafan dapat disegerakan dalam tempoh masa yang ditetapkan, kita pasti akan kembali ke Stadium Darul Makmur semula,” tegas beliau lagi.

Advertisements

Untuk rekod, kali terakhir Stadium Temerloh ini menjadi gelanggang buat pasukan Pahang dalam saingan Liga Malaysia adalah pada musim 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram