Exco Sukan Negeri Sambut Baik Usaha TMJ & KBS
Liga Super
MFL
Advertisements

Peruntukan sebanyak RM500 ribu yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disambut baik oleh Exco Sukan Negeri bagi menaik taraf sistem saliran dan penukaran rumput padang di stadium yang terlibat dalam Liga Malaysia.

Selain RM500 ribu yang diperuntukkan oleh KBS, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim turut sama bertitah untuk memberikan bantuan kewangan sebanyak RM300,000 setahun bagi penyelenggaraan padang yang dinaiktaraf menerusi geran KBS kepada kelab-kelab Liga Malaysia.

Justeru, ini merupakan permulaan yang cukup baik untuk setiap Exco Sukan Negeri memulakan tugas bagi menggunakan geran yang akan diberikan ini bagi menaik taraf padang sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula pada Mei depan.

Advertisements

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Yang Berbahagia Tuan Haji Mustapha Nagoor bersedia untuk sama-sama melakukan perubahan yang lebih baik membabitkan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi terutamanya daripada aspek sistem saliran.

“Kami di Negeri Sembilan nak mengucapkan terima kasih atas jemputan kali ini dan kami sempat juga pergi melawat fasiliti sukan di Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi (Selasa).

Advertisements

“Sudah tentu kami di peringkat negeri menerima baik tawaran oleh KBS untuk memberi geran sebanyak RM500 ribu bagi menaiktaraf sistem saliran dan juga rumput padang.

“Sepertimana yang diperkatakan oleh Tunku Ismail di mana masalah yang sering dihadapi oleh setiap negeri adalah kewangan dan Tunku Ismail sedia memberikan sumbangan sebanyak RM300 ribu bagi penyelenggaraan padang di setiap stadium.

Advertisements

“Jadi, kami bersedia untuk membuat perubahan itu dan memastikan tiada lagi peristiwa tempoh hari (penundaan perlawanan akibat hujan lebat) berlaku untuk musim baharu ini”, katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, Yang Berbahagia Tuan Zamakhshari Muhamad pula sedar Stadium Sultan Muhammad ke IV turut sama berdepan masalah saliran air sekiranya berlaku hujan lebat.

Advertisements

“Kerajaan negeri Kelantan amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Hannah Yeoh dan juga Tunku Ismail atas pengumuman sumbangan untuk kami memperbaiki sistem saliran dan rumput di Stadium Sultan Muhammad IV.

“Saya sedar masalah yang selalu timbul di stadium ini adalah sistem saliran dan isu ini juga telah dibincangkan bagi memperbaiki kelemahan ini.

“Dan Insya-Allah hasil perbincangan tadi kita dapat mencari satu kaedah dengan peruntukan yang ada ini untuk melakukan perubahan”, katanya.

Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia & Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025 selama dua hari bermula semalam yang turut dihadiri Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh Tseow Suan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram