Sri Pahang Bakal Ikat Tiga Pemain Berprofil Tinggi
Dunia
IG Elephant Army
Advertisements

Selepas melalui musim yang kurang baik, pasukan Liga Super, Sri Pahang FC difahamkan sedang dalam proses untuk mendapatkan tiga pemain berprofil tinggi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Tiga pemain yang dimaksudkan ialah dua bekas pemain Harimau Malaya yang kini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq. Seorang lagi pemain ialah pemain import dari Liberia, Kpah Sherman yang turut memenangi anugerah penjaring terbanyak Piala Malaysia 2022.

Musim ini bukanlah musim yang baik buat Azrif apabila khidmatnya banyak digunakan untuk JDT II di Liga Premier. Pemain berusia 31 tahun itu menyertai JDT pada tahun 2016 daripada Selangor dan kontrak beliau di JDT dikhabarkan sudah tamat 30 November yang lalu.

Advertisements

Lain pula situasi yang dilalui Fadhli Shas musim 2022. Fadhli Shas merupakan pemain skuad kebangsaan yang memenangi Piala AFF edisi 2010 dan beliau menyertai JDT pada Oktober 2013. Pelbagai kejayaan yang dicapai Fadhli bersama JDT, termasuk menjulang Piala AFC pada tahun 2015.

Sebelum ini, Fadhli Shas dikhabarkan menjadi buruan pasukan Negeri Sembilan FC yang mahu mencari pengganti kepada pemain pertahanan mereka, Khuzaimi Piee yang menyertai Selangor. Namun begitu, Sri Pahang turut berusaha untuk mendapatkan Fadhli.

Ketiga-tiga pemain buruan Sri Pahang ini masih belum dimuktamadkan lagi dan sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi dari pihak pengurusan kelab. Perpindahan pemain-pemain berkualiti ke Sri Pahang dijangka akan memberikan impak besar kepada pasukan tersebut yang dijangka akan dikendalikan bekas jurulatih JDT, Fandi Ahmad.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram